Friday, 18 November 2011

Masuk Contest

Semenjak 2 / 3 hari ini, aku rajin search kekawan blogging join contest hati aku tertiba teringin pulak nak join. Kalau dulu memang aku susah betoiiii nak join sebab 'M'.
Apa tu 'M'???
MALAS ler...........


Antara sebabnya : -

  1. Malas nak pikir slogan
  2. Malas nak pergi kedai nak beli barang brand tu (kalau bukan barang rumah)
  3. Malas nak pergi Pejabat pos beli setem
  4. Malas nak pergi kedai beli sampul surat
  5. Malas nak isi borang contest


 

Tetapi sekarang : -

  • Sanggup berjaga malam untuk cari ilham buat slogan
  • Sanggup berpanas berhujan nak mencari barang nak join contest
  • Sanggup berulang-alik ke reception nak beli setem
  • Sanggup hujung minggu pergi Mydin beli sedozen sampul surat
  • Sanggup bangun awal pagi nak isi borang contest



 

Impian aku kalau menang......nak aku hadiahkan kepada insan-insan yang aku sayang, esp anak-anak.....






Corat Coret  :  Kalau tak dapat hadiah besar, yang kecik pun jadik ler...dari tak ada langsung.
Corat Coret lagik  :  Kalau dapat percutian ke mana-mana pun aku terima sebab aku kaki berjalan...lalalala

2 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Usaha itu Tangga kejayaan.. ^_^

Mummy Princess said...

Lily, Sekarang semakin bersemangat untuk join Contest.....Berusaha