Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts

Monday, 28 November 2011

Tak Sempat Nak.............



Macam-macam yang nak aku story mory pada teman-teman semua ntri : -

  1. Tentang majlis graduasi anak sulung aku yang berlaku 2 minggu lepas
  2. Tentang cerita anak aku yang masuk wad
  3. Tentang cerita cuti dan xtvt kami selama cuti 3 hari
  4. Tentang Majlis Malam Amal Sekolah anak aku
  5. Tentang percutian kami yang lalu


Tapi, aku tak ada masa nak buat masa sekarang ni.....
Busy sesangat



Corat Coret  :   Bersawang ler belog aku cam ni......

Thursday, 17 November 2011

Migrane


Dalam sejarah keluarga aku, mak aku ni ada menghidap sakit Migrane. Masa aku kecik-kecik dulu selalu aku perhatikan mak aku dok menahan sakit Migrane ni. Aku masih ingat lagi, masa tu aku umur 12 tahun mak aku sampai pengsan sebab terlampau menahan sakit Migrane ni. Nasib baik mak aku tak jatuh tangga. Kami adik-beradik tak pergi sekolah hari tu sebab risaukan mak.
Dan sekarang aku pulak yang dapat sakit Migrane ni.  
Teruk juga la, sampaikan aku muntah-muntah. Dah boleh tengok cahaya terang, tak boleh berada di tempat yang sejuk dan suasana sekeliling aku tak boleh bising-bising.
Dulu masa bujang ok lagi ler kalau kena Migrane ni tapi bila dah kawin dan dah ada anak ni teruk jugak ler. Yang jadi mangsa En. Hubby. Sebab dia nak kena jaga anak. Kena masak dan buat-buat kerja-kerja rumah. Sebab time ni aku mmg dah tak boleh nak jaga diri orang lain sedangkan diri aku pun dah tak larat sangat-sangat.
Sekarang ini, kalau aku kena Migrane...En. Hubby ler orang pertama yang akan risau. (sebab kena buat kerja rumah. Sabar yer darling, demi isteri yang kamu cintai)
Untuk mengelakkan aku dari kena Migrane ni, aku kena dapatkan tidur yang cukup, tak ada stress dan kena ambil sarapan pagi.



Punca-punca Migraine adalah:
  1. alahan kepada sesuatu
  2. cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
  3. tekanan fizikal atau emosi
  4. perubahan dalam waktu tidur
  5. merokok atau terhidu asap rokok
  6. tak makan
  7. alkohol
  8. haid
  9. makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)
  10. pening kepala
  11. makanan lain seperti chocolate
  12. cuaca

 
 
Corat Coret  :  Mengharapkan penyakit Migrane aku akan hilang suatu hari nanti

Wednesday, 12 October 2011

T.I.P.U

Aku kena TIPU

Kenapa manusia suka berbohong / menipu??? Kenapa perlu menipu??? Ini telah terjadi pada aku sudah berulangkali. Orang yang sama jugak. Pelik kan??? Dia ini orang yang kuat ugama. Solat x tinggal, di bibir senantiasa berzikir dan selalu memberi nasihat tentang agama. Tapi kenapa dia suka menipu......Malah dia sanggup marah2 semata-mata untuk menyembunyikan penipuan yang sudah di lakukan. Aduhai 'engkau', kenapa sanggup engkau berbuat demikian. Aku sudah hilang kepercayaan aku terhadap engkau. Biar la apa jua yang ingin engkau story mory pada aku lepas ini, aku sudah x mempercayainya lagi............Selama ini aku berlaku jujur terhadap engkau, tapi kenapa engkau nak menipu aku.....................



Dosa MENIPU

Menipu merupakan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta (menipu), apabila berjanji selalu memungkiri dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka mengkhianati". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah Maha Mengetahui. Dalam sebuah riwayat dikisahkan, di akhirat nanti perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau penipu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

Monday, 10 October 2011

GERAM

GERAM.........entah kenapa pagi ini aku rasa sakit hati teramat sangat. Tolong.....aku. Tolong ubatkan hati aku. Kalau x di ubati aku takut akan makin parah. Ya Allah, kenapa dengan aku ni??? Siapa yang bersalah sebenarnya?? Engkau tunjukanlah KEBENARANNYA...........berikanlah aku petunjuk.

Tuesday, 4 October 2011

Mereka yang aku SAYANG

Ini adalah  photo-photo insan yang aku Chinta



Ini photo aku bersama en. hubby, namanya Noor Halimi. Alhamdulilah, sudah 8 tahun aku menjadi 'permaisuri'nya. Dan berikut adalah 'harta2' yang paling berharga kami miliki..............


      
Ini 'harta' kami yang pertama, Muhammad Izzuddin namanya. Along nama panggilan dalam keluarga. Berumur 6 tahun.........

 
Ini pula 'harta' ke-dua kami perolehi, si Angah berumur 4 tahun. Nama sebenarnya Muhammad  Zulhilmi.



Lastly, 'harta' kami perolehi, Nur Zahirah Balqis yang berumur 2 tahun. Nama timangan Ayang & Chi'ah.



Corat Coret   :   Insan yang aku sayang-sayang. Senantiasa di hati aku selalu....

Monday, 3 October 2011

Salam Pembuka Bicara

Hari ini, aku cuba mengolah blog aku. Sebenarnya aku tak pandai nak buat Blog2 ni, tapi aku cuba juga nak belajar sebab aku tgk Blog2 org cantik dan membuatkan aku berminat untuk membaca Blog org.....Kiranya aku ni peringkat "Budak baru nak belajar ler".......


                          Ambil galah tolong jolokan
                          Saya budak baru belajar
                          Kalau salah tolong tunjukan.....................