Friday 30 December 2011

Hari Terakhir Kerja di 2011







Dah petang-petang nak balik nie baru teringat nak buat Ntri. Dari tadi asyik baca Ntri orang lain jer. Hari ni last kerja di tahun 2011. So genap sudah 12 tahun aku kerja kat opis ni. Lama kan???
Ntah ler, tahun depan ni 2012 adakah aku boleh menghabiskan 1 tahun kerja di sini atau tidak.
 Sebab sekarang aku tengah rungsing memikirkan pasal anak-anak aku yang nak start Sekolah.
Si along dah masuk tahun 1, so Sekolah Kebangsaan waktu pagi,  petang pulak Sekolah Agama. Si Angah pulak dah nak masuk PraSekolah. Alhamdulilah anak aku ditawarkan masuk ke PraSekolah sama Sekolah dengan si Along.
So satu Sekolah senang sikit dan masuk Sekolah pun time yang sama kul 7.30 pagi.
Lagipun Sekolah diaorang dekat benor dengan opis aku. Tak sampai 5 minit dah sampai.
Tapi time balik Sekolah jer la.
Memang En. Hubby boleh ambik tapi sampai bila?? En. Hubby ada tanya aku, mummy tak nak
BERENTI KERJA
uruskan Sekolah anak-anak ke?? Aku diam jer......Satu pengorbanan yang aku rasa sangat berat.
Sebab kalau aku kerja aku ada duit aku sendiri dan aku boleh bayar itu ini, beli itu ini dan boleh tolong En. Hubby.
 Tapi bila dia tanya macam tu, aku dah
CONPIUS.....
Tolong aku buat keputusan!!!

Apa pendapat korang????


Corat coret  :  Moga apa jua keputusan aku nanti adalah keputusan yang terbaik.

Thursday 29 December 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu.....




OMBAK RINDU  - HAFIZ & ADIRA





                                                         
    Adira  :  Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz  :  Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira  :  Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz  :  Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz  :  Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira  :  Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




 
 
 
Lirik lagu ini khas buat tatapan En. Hubby yang aku cintai.
Saya sayang awak ........
 
 
 
 




Corat coret  :   Saya tak mampu hidup tanpa awak.......

Corat Coret Lagik  :  Saya tak mampu tinggal berjauhan dengan awak.......

Tuesday 27 December 2011

Ombak Rindu




Cuti selama 3 hari sempena Christmas yang lepas, aku berkesempatan membawa anak-anak tengok wayang citer 
 Ombak Rindu. 
Memang best citer ni, sampai aku nangis....Sedih bangat. Anak-anak pun tanya, "kenapa mama nangis?".......hehehehe.......Mama yang terlebey ober.
Rasa macam nak ulang tengok sekali lagik......tapi dah tak ada masa. Minggu ni aku ada Family Planning......
Tunggu jer la kalau-kalau ada kat Astro First, nanti boleh tengok kat umah pulak. Tapi mungkin sedikit terganggu ler.....biasak ler dengan anak-anak ni. Nak susu ler, nak makan ler, nak itu ler nak ini ler......Sabar jer la.



Corat Coret  :  Lepas tengok wayang masuk MPH nak cari Novel citer ni tapi tak ada....
Mana nak cari yer????



Bye Bye 2011 and Welcome 2012






thank mr. google


Sedar tak sedar lagi 5 hari kita akan memasuki tahun 2012 dan 2011 akan berlalu pergi. Sepanjang 2011 ini bermacam suka dan duka yang telah aku lalui. Terlalu banyak kenangan yang menguji kesabaran aku....ada yang terlalu pahit untuk aku lalui dan ada kalanya ada jua peristiwa yang membuatkan aku terasa amat bahagia sekali.....Dan semua yang berlaku dapat mematangkan aku dalam menghadapi kehidupan aku di masa akan datang.
Itulah Kenangan yang terindah di Tahun 2011..............
Semoga dengan kedatangan Tahun 2012 akan memberi aku sinar kebahagiaan......amin.



Corat Coret  :  Apa azam korang di tahun baru??

Corat Coret lagik  :  Azam aku...............banyak.



Wednesday 21 December 2011

Datang Tanpa Di Undang.........





Senyum Tak Perlu Kata Apa2......

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V





S.E.L.S.E.M.A




Corat Coret  :  Hidung aku dah mula sok sek sok sek.....

Corat Coret Lagik  :  Aku dah mula tak selesa nak kerja.

Sunday 18 December 2011

Alvin & Chipmunks 3




Semalam aku tengok Alvin & The Chipmunks 3 setelah join Dutch Lady Movie Mania. Dapat tiket wayang Free. Pastu dapat barang Free lagi.
Jom terjah tengok gambar kami join the movie semalam.
Bestttttttttttt, anak2 pun happy. 
Layan..........................

2 beradik yang tak sabar nak tengok wayang.

Nak bergambar dulu sebelum wayang start

Ayang bersama bendera Dutch Lady

Dalam panggung wayang. Siap ada acara nyanyi2 dulu.

Kat dalam panggung wayang.

En. Hubby yang sempat lagi baca paper dalam panggung.

Yessssza, Movie Mania with Dutch Lady

Beg, flags, Calender 2012 & ticket free



Thanks Dutch Lady............






Corat coret  :  Pertama kali tengok wayang FREE.....
Corat coret lagik  :  Macam biasa, anak aku si angah tak ada. Balik kg dengan ibu sedara dia.....kalau tidak dah cukup 1 family

Thursday 8 December 2011

AA Tambang murah



Setiap tahun kalau ada promosi Air Asia samada FREE SEAT atau 10 sen aku mesti akan beli.


Tapi untuk promosi kali ini aku cuma mampu tengok saja sebab : -

1. Tahun depan anak aku dah start sekolah rendah, so susah ler kalau nak pergi bercuti kalau bukan time cuti sekolah.

2. Bulan 5  time cuti sekolah tahun dpn tu aku dah ada tiket FREE SEAT yang aku beli bulan 5 ari tu.

3. En. Hubby dah warning, beli keta baru tapi asyik nak holiday nak naik flight jer. Bila nak gi holiday naik keta pulak.

4. Pastu Air Asia wat promosi start dari 1 Julai ke 27 Oktober 2012, time tu dah nak posa & raya. Ada pun bulan 9 & 10. Bukan time cuti sekolah.




Corat Coret : Dah ler tahun depan cuti aku bertambah.....sedihnya

Wednesday 7 December 2011

Rindu kamu

Wordless Wednesday......





si angah yang dah 2 minggu tak nak balik umah. Tido kat umah adir ipar aku

Sunday 4 December 2011

Puss in Boots

Dah lama nak buat ntri ni tapi sibuk benor....
Hari yang teristimewa buat anak-anak aku. Apa tidaknya, ini merupakan pertama kali anak-anak aku pergi tengok wayang.
Cerita yang kami tengok ialah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



PUSS IN BOOTS.

Memang best citer ni. Tak rugi tengok dengan beli tiket 3D. Memang kelakor.

Habis jer tengok wayang kami jejalan dulu kat dalam Pyramid.







Corat coret : Lepas ni tak sabar pulak nak tengok Alvin & Chipmunks 3




Saturday 3 December 2011

Tengok Wayang




Sudah lama aku tak tengok wayang. Sekarang ni time cuti sekolah, niat hati nak bawak anak2 pegi tengok wayang. Tapi aku conpius nak tengok citer apa.
Antara 3 citer yang teringin nak tengok.





atau






atau





Corat Coret  :  Nak tengok citer Puss Boots & Happy Feet ok ler bawak anak-anak tapi kalau nak tengok citer Omak Rindu cam tak sesuai jer. Itu kena dating dengan En. Hubby jer.

Thursday 1 December 2011

Speaking Day....



Bulan lepas kat opis aku dikeluarkan MEMO, semua staff kena cakap Bahasa Inggeris setiap hari Isnin dan Khamis.
Sesiapa yang cakap Bahasa Melayu pada hari-hari ni kena denda RM 1.00 untuk satu perkataan.
Aduyaiiii, dah macam kat Sckool lak, nak kena denda-denda macam ni.
 Minggu pertama aku tengok semua cam follow jer arahan ni tapi masuk jer minggu ke-2 dah tunggang langgang cam ...............
*
*
*
*
*
*





VS

Thanks to mr. google



Corat Coret  :   Ada juga staff bagi alasan macam-macam untuk kerja kat luar....tapi aku still kat depan PC ni. waaaaaaaaaaa