Friday, 30 December 2011

Hari Terakhir Kerja di 2011







Dah petang-petang nak balik nie baru teringat nak buat Ntri. Dari tadi asyik baca Ntri orang lain jer. Hari ni last kerja di tahun 2011. So genap sudah 12 tahun aku kerja kat opis ni. Lama kan???
Ntah ler, tahun depan ni 2012 adakah aku boleh menghabiskan 1 tahun kerja di sini atau tidak.
 Sebab sekarang aku tengah rungsing memikirkan pasal anak-anak aku yang nak start Sekolah.
Si along dah masuk tahun 1, so Sekolah Kebangsaan waktu pagi,  petang pulak Sekolah Agama. Si Angah pulak dah nak masuk PraSekolah. Alhamdulilah anak aku ditawarkan masuk ke PraSekolah sama Sekolah dengan si Along.
So satu Sekolah senang sikit dan masuk Sekolah pun time yang sama kul 7.30 pagi.
Lagipun Sekolah diaorang dekat benor dengan opis aku. Tak sampai 5 minit dah sampai.
Tapi time balik Sekolah jer la.
Memang En. Hubby boleh ambik tapi sampai bila?? En. Hubby ada tanya aku, mummy tak nak
BERENTI KERJA
uruskan Sekolah anak-anak ke?? Aku diam jer......Satu pengorbanan yang aku rasa sangat berat.
Sebab kalau aku kerja aku ada duit aku sendiri dan aku boleh bayar itu ini, beli itu ini dan boleh tolong En. Hubby.
 Tapi bila dia tanya macam tu, aku dah
CONPIUS.....
Tolong aku buat keputusan!!!

Apa pendapat korang????


Corat coret  :  Moga apa jua keputusan aku nanti adalah keputusan yang terbaik.

No comments: