Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Peluk Isteri Panjang Umoq 5 Tahun

Nape? X percaya ker???? Meh sini, aku nak story mory dengan korang............



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Ini merujuk kepada fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh"

- Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Ada juga kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapt mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap"





p/s : Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan ALLAH......

Wednesday, 5 October 2011

Jika ia sebuah CINTA



CHINTA CINTA


jika ia sebuah cinta…..ia tidak mendengar, namun senantiasa bergetar
jika ia sebuah cinta…..ia tidak buta, namun senantiasa melihat 
jika ia sebuah cinta…..ia tidak menyeksa, namun senantiasa menguji
jika ia sebuah cinta…..ia tidak memaksa, namun senantiasa berusaha
jika ia sebuah cinta…..ia tidak cantik, namun senantiasa menarik
jika ia sebuah cinta…..ia tidak datang dengan kata-kata, namun senantiasa menghampiri dengan hati
jika ia sebuah cinta…..ia tidak terucap dengan kata, namun senantiasa hadir dengan sinar mata
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hanya berjanji, namun senantiasa mencuba memenangi
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan
jika ia sebuah cinta…..ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Perlakukan setiap cinta seakan ia cinta terakhir bagi kamu, baru kamu akan belajar cara memberi.
Perlakukan setiap hari seakan itu hari terakhir bagi kamu, baru kamu akan belajar cara menghargai.

Jangan pernah menyerah, ingatlah bahawa cinta yang terindah sentiasa dilanda badai.
Yakinlah pada dirimu tika kamu ingin meluahkan kata :-
'Aku mencintaimu'

Tanggungjawab seorang SUAMI!!!!





Suami pun ada tanggungjawab juga, lagi berat dari tanggungjawab seorang ISTERI.






  1. Menyediakan nafkah batin zahir kepada isteri dan anak-anak
  2. Memberi nafkah batin (WAJIB)
  3. Berganding bahu melakukan kerja rumah dengan isteri
  4. Bekerjasama dengan isteri untuk mendidik anak
  5. Jujur, amanah dan bertanggungjawab
  6. Jalin hubungan baik dengan isteri
  7. Menasihati isteri jika menderhaka, pulaukan tempat tidurnya jika berdegil dan pukul  (tetapi tidak mencederakan) jika masih ingkar

Tanggungjawab seorang ISTERI!!!!

Korang rasa dah cukup bertanggungjawab dalam rumah tangga korang tak???
Bagi aku, masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ISTERI. Bukannya aku tak bertanggungjawab, cuma mungkin ada perkara-perkara yang mungkin aku sedikit terlepas pandang...............


  1. Memelihara maruah diri dan kemuliaan SUAMI
  2. Mengawal harta sendiri suami dan tidak membazirkannya
  3. Mendapat izin suami setiap kali keluar rumah
  4. Melayan suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang
  5. Bijak menyesuaikan diri dengan keluarga sendiri suami
  6. Didik anak dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan
  7. Jujur dan usah meragui pasangan