Thursday 6 October 2011

Peluk Isteri Panjang Umoq 5 Tahun

Nape? X percaya ker???? Meh sini, aku nak story mory dengan korang............



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Ini merujuk kepada fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh"

- Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Ada juga kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapt mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap"





p/s : Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan ALLAH......

No comments: