Wednesday 12 October 2011

T.I.P.U

Aku kena TIPU

Kenapa manusia suka berbohong / menipu??? Kenapa perlu menipu??? Ini telah terjadi pada aku sudah berulangkali. Orang yang sama jugak. Pelik kan??? Dia ini orang yang kuat ugama. Solat x tinggal, di bibir senantiasa berzikir dan selalu memberi nasihat tentang agama. Tapi kenapa dia suka menipu......Malah dia sanggup marah2 semata-mata untuk menyembunyikan penipuan yang sudah di lakukan. Aduhai 'engkau', kenapa sanggup engkau berbuat demikian. Aku sudah hilang kepercayaan aku terhadap engkau. Biar la apa jua yang ingin engkau story mory pada aku lepas ini, aku sudah x mempercayainya lagi............Selama ini aku berlaku jujur terhadap engkau, tapi kenapa engkau nak menipu aku.....................



Dosa MENIPU

Menipu merupakan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol dimiliki oleh orang munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta (menipu), apabila berjanji selalu memungkiri dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka mengkhianati". (Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah Maha Mengetahui. Dalam sebuah riwayat dikisahkan, di akhirat nanti perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau penipu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu.

No comments: