Showing posts with label Suka Duka. Show all posts
Showing posts with label Suka Duka. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

Bye Bye 2011 and Welcome 2012






thank mr. google


Sedar tak sedar lagi 5 hari kita akan memasuki tahun 2012 dan 2011 akan berlalu pergi. Sepanjang 2011 ini bermacam suka dan duka yang telah aku lalui. Terlalu banyak kenangan yang menguji kesabaran aku....ada yang terlalu pahit untuk aku lalui dan ada kalanya ada jua peristiwa yang membuatkan aku terasa amat bahagia sekali.....Dan semua yang berlaku dapat mematangkan aku dalam menghadapi kehidupan aku di masa akan datang.
Itulah Kenangan yang terindah di Tahun 2011..............
Semoga dengan kedatangan Tahun 2012 akan memberi aku sinar kebahagiaan......amin.



Corat Coret  :  Apa azam korang di tahun baru??

Corat Coret lagik  :  Azam aku...............banyak.



Tuesday, 29 November 2011

Aku Kehilanganmu.........





Malam tadi aku meraung menangis tak sudah-sudah kerana aku kehilangan benda yang paling aku sayang. Walaupun tak mahal tapi cukup berharga dan bermakna dalam hidup aku. Tambahan pula benda itu pemberian dari insan yang aku sayang, En. hubby.
Mesti korang nak tahu apa dia kan????
NI haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



thanks mr google


Tepon kesayangan aku.............

Dalam tepon ni ada beberapa keping gambar yang aku tangkap tapi belum sampat aku transfer ke dalam laptop aku.


Antaranya : -

  1. Gambar semasa Majlis Graduasi anak aku
  2. Gambar kami berhujung minggu di Sunway Pyramid
  3. Gambar anak aku masuk Hospital
  4. Gambar anak aku buat persembahan sempena Majlis Makan Malam untuk Sekolah dia

Walaupun masih ada lagik 2/3 keping gambar anak aku semasa Majlis Graduasi dan juga Majlis Makan Malam kat dalam kamera tu, tapi dalam tepon aku tu lagik banyak.




Corat Coret  :   Ralat sangat-sangat bila tepon aku ni hilang. Semua ntri aku nanti tak dapat upload gambar



Tuesday, 8 November 2011

Rindu, Sayang & Cinta


Saya RINDU pada awak.
Awak rindu pada saya tak?
Tapi saya rindukan awak yang dahulu.......


Saya SAYANG pada awak.
Awak sayang pada saya tak?
Tapi saya sayangkan awak yang dahulu.....


Saya CINTA pada awak.
Awak cinta pada saya tak?
Tapi saya cintakan awak yang dahulu.



Corat Coret  : Awak RINDU, Awak SAYANG & Awak CINTA pada saya tak?