Tuesday 29 November 2011

Aku Kehilanganmu.........





Malam tadi aku meraung menangis tak sudah-sudah kerana aku kehilangan benda yang paling aku sayang. Walaupun tak mahal tapi cukup berharga dan bermakna dalam hidup aku. Tambahan pula benda itu pemberian dari insan yang aku sayang, En. hubby.
Mesti korang nak tahu apa dia kan????
NI haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



thanks mr google


Tepon kesayangan aku.............

Dalam tepon ni ada beberapa keping gambar yang aku tangkap tapi belum sampat aku transfer ke dalam laptop aku.


Antaranya : -

  1. Gambar semasa Majlis Graduasi anak aku
  2. Gambar kami berhujung minggu di Sunway Pyramid
  3. Gambar anak aku masuk Hospital
  4. Gambar anak aku buat persembahan sempena Majlis Makan Malam untuk Sekolah dia

Walaupun masih ada lagik 2/3 keping gambar anak aku semasa Majlis Graduasi dan juga Majlis Makan Malam kat dalam kamera tu, tapi dalam tepon aku tu lagik banyak.




Corat Coret  :   Ralat sangat-sangat bila tepon aku ni hilang. Semua ntri aku nanti tak dapat upload gambar



Monday 28 November 2011

Tak Sempat Nak.............



Macam-macam yang nak aku story mory pada teman-teman semua ntri : -

  1. Tentang majlis graduasi anak sulung aku yang berlaku 2 minggu lepas
  2. Tentang cerita anak aku yang masuk wad
  3. Tentang cerita cuti dan xtvt kami selama cuti 3 hari
  4. Tentang Majlis Malam Amal Sekolah anak aku
  5. Tentang percutian kami yang lalu


Tapi, aku tak ada masa nak buat masa sekarang ni.....
Busy sesangat



Corat Coret  :   Bersawang ler belog aku cam ni......

Tuesday 22 November 2011

Masuk Wad

Hari ini aku kerja sampai kul 3.00 petang saja. Sebab petang ini anak aku, si Angah nak kena masuk wad kat.............



Anak aku ni Doktor suspek ada penyakit Kencing Air Tawar. Aku pun baru pertama kali dengar dan tahu pasal penyakit ini. Selalu biasa aku dengar sakit Kencing Manis jer.
Doktor cakap anak aku kena masuk wad sebab diaorang nak check dan nak confirmkan balik sakit anak aku ni. 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Anak aku yang ni le akan masuk wad petang ni




Mama harap Angah akan cepat sembuh dan sihat.
Mama dan Abah sentiasa sayang pada Angah.




Corat Coret   :  Korang pernah dengar ker sakit Kencing Air Tawar ni??? Kalau tahu bagitahu ler info apa-apa kat aku.




Tahniah......Harimau Muda



Pertama kali Tahniah aku nak ucapkan kepada Harimau Muda kerana menang malam tadi.
Riuh rendah kedengaran suara jiran-jiran aku menjerit tatkala Malaysia menjaringkan gol. Aku pun menumpang juga menjerit walaupun ada kalanya berebut TV dengan anak aku sebab diaorang nak tengok Alamak...Toyol kat Astro First. hehehehe....Bola punya pasal.
Tahniah buat Harimau Muda......
kerana berjaya mengharumkan nama Negara.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Corat Coret  :  Bangga dengan pencapaian Harimau Muda.



Saturday 19 November 2011

Walimatus Urus


Time cuti-cuti Sekolah ni ler terlalu banyak kad jemputan Walimatus Urus yang kami terima.
Akan tetapi kami terpaksa meminta maaf pada teman-teman atau sedara-mara yang menjemput kami seandainya kami tidak dapat datang.
Maklum ler kekadang tu kami mempunyai urusan yang tidak dapat di elakkan untuk pergi atau datang ke Majlis Walimatus Urus tersebut.





Corat coret  :  Ni pun baru blk dari kg Perak makan kemduri. Malam tadi balik kg lepas kenduri tadi terus balik sini. Letih........

Friday 18 November 2011

Masuk Contest

Semenjak 2 / 3 hari ini, aku rajin search kekawan blogging join contest hati aku tertiba teringin pulak nak join. Kalau dulu memang aku susah betoiiii nak join sebab 'M'.
Apa tu 'M'???
MALAS ler...........


Antara sebabnya : -

  1. Malas nak pikir slogan
  2. Malas nak pergi kedai nak beli barang brand tu (kalau bukan barang rumah)
  3. Malas nak pergi Pejabat pos beli setem
  4. Malas nak pergi kedai beli sampul surat
  5. Malas nak isi borang contest


 

Tetapi sekarang : -

  • Sanggup berjaga malam untuk cari ilham buat slogan
  • Sanggup berpanas berhujan nak mencari barang nak join contest
  • Sanggup berulang-alik ke reception nak beli setem
  • Sanggup hujung minggu pergi Mydin beli sedozen sampul surat
  • Sanggup bangun awal pagi nak isi borang contest



 

Impian aku kalau menang......nak aku hadiahkan kepada insan-insan yang aku sayang, esp anak-anak.....






Corat Coret  :  Kalau tak dapat hadiah besar, yang kecik pun jadik ler...dari tak ada langsung.
Corat Coret lagik  :  Kalau dapat percutian ke mana-mana pun aku terima sebab aku kaki berjalan...lalalala

Thursday 17 November 2011

Migrane


Dalam sejarah keluarga aku, mak aku ni ada menghidap sakit Migrane. Masa aku kecik-kecik dulu selalu aku perhatikan mak aku dok menahan sakit Migrane ni. Aku masih ingat lagi, masa tu aku umur 12 tahun mak aku sampai pengsan sebab terlampau menahan sakit Migrane ni. Nasib baik mak aku tak jatuh tangga. Kami adik-beradik tak pergi sekolah hari tu sebab risaukan mak.
Dan sekarang aku pulak yang dapat sakit Migrane ni.  
Teruk juga la, sampaikan aku muntah-muntah. Dah boleh tengok cahaya terang, tak boleh berada di tempat yang sejuk dan suasana sekeliling aku tak boleh bising-bising.
Dulu masa bujang ok lagi ler kalau kena Migrane ni tapi bila dah kawin dan dah ada anak ni teruk jugak ler. Yang jadi mangsa En. Hubby. Sebab dia nak kena jaga anak. Kena masak dan buat-buat kerja-kerja rumah. Sebab time ni aku mmg dah tak boleh nak jaga diri orang lain sedangkan diri aku pun dah tak larat sangat-sangat.
Sekarang ini, kalau aku kena Migrane...En. Hubby ler orang pertama yang akan risau. (sebab kena buat kerja rumah. Sabar yer darling, demi isteri yang kamu cintai)
Untuk mengelakkan aku dari kena Migrane ni, aku kena dapatkan tidur yang cukup, tak ada stress dan kena ambil sarapan pagi.



Punca-punca Migraine adalah:
  1. alahan kepada sesuatu
  2. cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
  3. tekanan fizikal atau emosi
  4. perubahan dalam waktu tidur
  5. merokok atau terhidu asap rokok
  6. tak makan
  7. alkohol
  8. haid
  9. makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)
  10. pening kepala
  11. makanan lain seperti chocolate
  12. cuaca

 
 
Corat Coret  :  Mengharapkan penyakit Migrane aku akan hilang suatu hari nanti

Cuti Sekolah



Besok hari terakhir budak-budak Sekolah bagi tahun 2011 termasuk anak aku. Kiranya minggu depan boleh bangun lambat.
Tapi anak aku still kena bangun and kena pergi Sekolah jugak minggu depan.
Korang mesti nak tahu sebab apa?
Sebab anak aku join menyanyi dan tarian untuk pertunjukan pada 27 November nanti. So Cikgu mintak hantar untuk praktis tarian tu. Dalam 25 orang hanya 12 orang saja yang terlibat termasuk ler anak aku.
 Kesian jugak....tapi aku berbangga dengan pencapaian anak aku ni. Dia dulu seorang yang pemalu. Kiranya sekarang dia dah hilangkan perasaan malu dalam diri dia (macam mama dia ler, kalau ikut abah memang pemalu tak habis-habis)......

Apa-apa pun aku ucapkan Good Luck untuk anak aku.
 Mama berbangga dengan kamu...........
*
*
*
*
*



Corat Coret  :  Semoga adik-adik akan mengikut jejak along.....

Monday 14 November 2011

Perancangan Cuti Akhir Tahun 2011





Aku dan En. Hubby tengah merancang untuk cuti persekolahan yang akan bermula minggu depan.
Disebabkan selalu intai-intai ke Belog teman-teman, hati aku sudah jatuh hati dengan Cameron Highland. Tapi En. Hubby tak mahu ke sana sebab dia kata musim hujan ni. Mungkin Faktor jalan yang membuatkan En. Hubby tak setuju dengan cadangan aku. Jadi sekarang aku tengah serbey tempat-tempat lain yang boleh di jadikan Cuti-cuti Malaysia sempena Cuti Sekolah bulan depan.....
Antara pilihan aku dan En. Hubby : -



Melaka Wonderland




having fun @ sunway lagoon

Dan akhirnya, kami sudah bersepakat untuk pergi bercuti di sini
*
*
*
*
*
*
*
*




  Credit  to  En.  GOOGLE



Corat coret  :   Pilihan En. Hubby adalah Taman Tema Air. Sebab anak-anak aku suka main air.....

Kisah Makan



Hari Jumaat 11.11.11 yang lepas, disebabkan aku balik lewat sebab ikut en. hubby ke Cyberjaya. Balik qumah rasa malas nak masak. Jadi, malam tu aku ajak anak-anak aku makan kat luar aje. Restoran ni dekat jer dengan qumah aku. Masakannya ok ler tak ler sedap mana tapi mungkin sebab dah penat dan lapar, habis juga ler aku makan.

Aku order Kuey Teow Tomyam. Untuk anak-anak pulak aku ambik Sup Sayur dengan Nasi Putih sepinggan (kongsi 2 orang). Sebab petang tu masa gi ambik anak aku, adik ipar aku dah bagi anak aku makan. Air lak aku order 2 Teh O' Ais dengan 1 Air Kosong.

Lepas makan dan lepak-lepak sekejap kat kedai tu, aku pun ajak anak aku balik. Masa nak bayar, terkejut aku. Korang tahu sebab apa???

 Bayar untuk makan RM 12.80 dan air RM 2.40. So total semua RM 15.20. Mahal giler. Conpem.....ini ler kali pertama dan kali terakhir aku makan kat sini. Kalau hari-hari makan kat sini, pokai ler aku........


Corat Coret  :  En. Hubby tak join sama sebab ada urusan. Kalau dia ada mesti kami tak akan makan kat kedai ni.

Tuesday 8 November 2011

Rindu, Sayang & Cinta


Saya RINDU pada awak.
Awak rindu pada saya tak?
Tapi saya rindukan awak yang dahulu.......


Saya SAYANG pada awak.
Awak sayang pada saya tak?
Tapi saya sayangkan awak yang dahulu.....


Saya CINTA pada awak.
Awak cinta pada saya tak?
Tapi saya cintakan awak yang dahulu.



Corat Coret  : Awak RINDU, Awak SAYANG & Awak CINTA pada saya tak?

Jalan-jalan Raya

Semalam, En. Hubby kerja. Ingatkan sampai ke petang, rupa-rupanya kul 2.00 dah sampai rumah. Kesian agaknya dah tak balik kg pastu dok kat rumah saja, dia ajak aku and anak-anak keluar.
Aku suggest lepak kat Dataran Putrajaya saja. Tapi dia kata malas nak drive. So kami naik train Putra Line (LRT) ke .............KLCC.
Kat KLCC En. Hubby ajak aku and anak-anak pegi Aquaria.

Jom layan gambar-gambar kami di Aquaria.
>
<
>
<
>
<
>
















Muka cam orang ngantuk jer.....









MyKad = Dewasa RM 35.00, Kanak-kanak RM 25.00
Tanpa MyKad = Dewasa RM 45.00, Kanak-kanak RM 35.00






Corat Coret  : Maaf gambar kurang memuaskan kerana aku ambil guna Handphone jer.
                         Kamera lupa nak bawak.

Hari Raya Aidil Adha



Raya tahun ni kali ke-2 aku sambut di Kuala Lumpur.
Pertama kali tahun 2005, sebab suami kena kerja Hari Raya, jadi aku ambil keputusan beraya dekat sini saja.
Tahun ini pun sama juga, suami aku cuma cuti pada hari Raya saja. So aku and anak-anak kena ler beraya kat sini.
 Ingat nak masak, tapi En. Hubby suggest beli aje ketupat and serunding.  Jadi, malam raya tu kami pun keluar beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam.
Lepas beli, ingat nak balik terus tapi En. Hubby ajak aku and anak-anak pusing KL. Aku apa lagi, setuju ler.....Dah lama tak pusing-pusing KL di waktu malam sejak anak dah Sekolah ni. Best gak....tapi majoriti yang aku nampak pelancong asing & pekerja asing jer....may be orang M'sia balik kampung tuk beraya.
Dalam suka suki kami dok memusing KL tu tersentuh perasaan aku dek kerana TAKBIR RAYA yang berkumandang di radio.....rasa nak nangis saja time tu. May be En. Hubby pun sama juga perasaan dengan aku. Ikutkan hati, hendak saja aku suruh En. Hubby balik kg tapi bila fikirkan dia kena kerja hari Isnin tu, aku tabahkan hati.




Corat Coret  : Mak, rindunya nak makan nasi tomato mak

Friday 4 November 2011

Malam Minggu kami




Ari sabtu seharian kami lepak dok kat umah. Dah mati kutu (bosan weiii) sebab dah tak tahu apa nak buat. Last2 aku ajak anak-anak aku pegi SP....bukan Sungai Petani ler tapi Sunway Pyramid jer...hehehehe.
En. hubby tak ekut sebab ada kerja. Aku dengan anak-anak aje.
Mula-mula sampai anak aku nak tengok orang main ice skirting. Dah terleka dok kat situ, si along ternampak restoran KFC. So dia pun ngajak mummy gi makan KFC. Padahal kat umah sebelum keluar umah, dia dah makan nasi. tapi dah anak-anak request so aku pun follow jer la.
Lepas makan, dia orang ajak mummy pusing-pusing kat situ. Dekat 1 floor tu ada Garden of Diwali sempena Hari Deepavali. So layan jer la tengak gambar-gambar kami semasa di S.P

Tengak makan KFC, sambil berfikir





Dan ini gambar depan Sunway Pyramid. Anak aku cakap keta ni sama cam keta dia. Ye la koleksi keta Ferrari SHELL punyer. Tapi ini real punya.
Dia cakap nak ambik gambar dengan keta ni. Aku pun snap jer la.
>
<
>
<
>
<






Corat coret  :  itu ajer citer n xtvt kami di malam minggu yang lepas.

Alhamdulilah




N3 ni memang dah lama aku nak story tapi tak sesempatan jer nak story.
Pertengahan bulan lepas aku di panggil oleh en boss,  risau gak apa kes????
Ruper-rupernya en boss nak kasik cek untuk aku. Yahoooo...rezeki tue. Gaji lambat lagik, tapi cek di bagi. Cek itu merupakan elaun untuk aku. Bape RM cek tu aku x boleh nak citer ler, PnC...... 
Alhamdulilah, rezeki aku dan anak-anak. Dah plan, clear jer cek tu nak belanja anak-anak makan. Memang selalu aku belanja anak-anak makan, tapi ini kira spseial sikit sebab bukan duit gaji aku.
Untuk en boss terima kacihhh manyak-manyak. Tahun depan jangan luper dable yer...(demand la pulak) hehehehehe
>
<
>
<
>
<
>
<
>






Corat Coret  :  Saki baki duit ni aku nak simpan untuk trip aku tahun depan. 

Tuesday 1 November 2011

Trafiic Light




Korang mesti nak tahu sebab apa aku nak story pasal traficc light ni....cuti hujung minggu semalam aku & en. hubby bawa anak2 keluar gi jalan-jalan.
Sampai di simpang empat (traffic light), en. hubby nak terus belok ke kiri setelah memerhati tiada kenderaan dari hadapan yang nak belok masuk ke jalan tersebut. Tetapi anak aku a.k.a along @ abang terus marah pada abahnya. "kenapa abah jalan, kang lampu merah lagi tu" terdiam si abah bila dah kena marah dek anak.
Itu la budak sekarang, baru 6 tahun tapi sudah paham undang-undang. Kita ni yang dah 30an lebih ni jer nak ikut undang-undang. hehehehehe