Tuesday, 8 November 2011

Hari Raya Aidil Adha



Raya tahun ni kali ke-2 aku sambut di Kuala Lumpur.
Pertama kali tahun 2005, sebab suami kena kerja Hari Raya, jadi aku ambil keputusan beraya dekat sini saja.
Tahun ini pun sama juga, suami aku cuma cuti pada hari Raya saja. So aku and anak-anak kena ler beraya kat sini.
 Ingat nak masak, tapi En. Hubby suggest beli aje ketupat and serunding.  Jadi, malam raya tu kami pun keluar beli kat Kompleks PKNS, Shah Alam.
Lepas beli, ingat nak balik terus tapi En. Hubby ajak aku and anak-anak pusing KL. Aku apa lagi, setuju ler.....Dah lama tak pusing-pusing KL di waktu malam sejak anak dah Sekolah ni. Best gak....tapi majoriti yang aku nampak pelancong asing & pekerja asing jer....may be orang M'sia balik kampung tuk beraya.
Dalam suka suki kami dok memusing KL tu tersentuh perasaan aku dek kerana TAKBIR RAYA yang berkumandang di radio.....rasa nak nangis saja time tu. May be En. Hubby pun sama juga perasaan dengan aku. Ikutkan hati, hendak saja aku suruh En. Hubby balik kg tapi bila fikirkan dia kena kerja hari Isnin tu, aku tabahkan hati.




Corat Coret  : Mak, rindunya nak makan nasi tomato mak

No comments: