Monday 17 October 2011

XtVt Hujung Minggu Kami



Semalam bila 1/2 hari melepakkan diri di rumah, aku merequestkan diri kepada en. hubby untuk keluar cuci mata dan  mengempiskan duit ringgit yang ada serta menghabiskan sisa-sisa petang kami di luar. Apabila permohonan kami di luluskan, en. hubby pun balik sekejap menjemput dan menghantar kami ke stadium stesen LRT Asia Jaya.
Maka si mama pun memulakan tugasnya yang pertama, membeli tiket ke stesen terakhir, Gombak. Di dalam penerbangan perjalanan pergi, si mama mengajak anak-anakanda untuk menyinggah di shopping kompleks yang besar dan kembar (apa lagi kalau bukan KLCC ). Si anak sulung pun bersetuju. Sesampai di stesen Gombak, Si mama dan anak2 pun turun untuk membeli tiket ke KLCC.
Sudah sampai ke KLCC, si anak dara ternampak kuih preberetnya (karipap). Si mama pun membeli karipap yang tidak seberapa murah itu, RM 1.00 seketul, si along pulak mendapat karipap dan kueh lapis yang berharga RM 1.20. Si mama cuma membeli air lemon tea yang teramat murah sekali, RM 4.00 jer. (murahkan???) hehehehe....Selepas bergambo di luar bangunan berkembar KLCC, kami pun meminta diri dulu untuk pulang ke teratak kami. Sebelum pulang, kami membeli sedikit ole-ole berupa 4 ketul roti boy sebagai pengalas perut kami nanti. Sampai di stesen, mama membeli tiket ke KL Sentral. Aiikkkk, kata dah nak blk.....hehehe.
Ye la, kami terpaksa transit ke KL Sentral dahulu sebab kami ingin mengambil perjalanan ke Subang Jaya dengan menaiki Komuter pula. Di Stesen Komputer Komuter Subang, En. hubby menunggu kami dengan rasa cinta dan sayang....Itu sahaja xtvt kami di hujung minggu semalam. Ini antara gambor yang di ambil oleh mama menggunakan telepon mama.
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^














*** Anak aku yang kedua tidak ikut bersama kerana dia tidak ada di rumah pada waktu dan ketika ini ( bermalam di rumah adik ipar aku)


No comments: